hello hello semuaaa. dah hampir 0030 dan tinggal sehari lagi sebelum menjelangnya bulan Ramadhan al-mubarak. harini nak cakap sikit pasal orang malaysia. dan hani pun berhuhuhu. topik ni mungkin la agak menarik and guess what? klau tak percaya, mari tengok kat bawah ni.
1. Tangan anda berkuasa!
hanya dengan mengangkat tangan, kenderaan pasti berhenti dan memberi laluan kepada anda untuk melintas jalan. selaju mana pun kereta dengan lori atau bas di jalanraya-semuanya mematuhi isyarat "tangan" ini. Lambaian tangan jugamemudahklan akses ke kawasan perumahan yang berpengawal. malah, dimana-mana jua "tangan" adalah alat komunikasi yang paling berkuasa.
2.Boss
sesiapa sahaja yang anda temui, semuanya anda panggil "boss". Peguam, tukang gunting,pelayan restoran-Contohnya "boss,kuah lebih sikit"! adalah biasa laungan yang biasa didengari di kedai mamak, satu panggilan yang mesra dan menunjuikkan rasa hormat. Begitulah indahnya budaya kita, kesopanan memupuk keharmonian dan persaudaraan.
3. Teruja dengan benda free dan sale!
sememangnya menjadi sifat orang malaysia untuk cukup peka dengan berita jualan murah, diskaun hebat dan hadiah percuma. Lebih murah,lebih baik! kalau percuma,lebih menarik! sanggup beratur seawal jam 7 pagi utnuk jualan murah, sedangkan ke pejabat 9 pagi pun berat nak melangkah. soalan biasa didengar "bos,ada diakaun?"
4.umum cuti peristiwa
setiap kali wira sukan negara bertarung di pentas dunia, steiap kali juga peminat berdebar-debar menantikan keputusannya. Samada Piala Thomas, AFF Suzuki mahupun sukan olimpik-pengunuman cuti umum yang mengiringi setiap kejayaan sememangnya amat dinantikan. apabila Dato Lee Chong Wei memenangi perlawanan akhirnya di Piala Thomas,sorakan anda menggegarkan ruang tamu dengan harapannya esok diumumkan cuti sebagai meraikannya!
5. penggunaan "Lah"
Bolehlah,. Taklah,, Jomlah,. apalgi? "Lah" adalah istilah serba guna.Cuaca. "Panas sangatlah" "Harga? "Mahal sangatlah". Tidak percaya. "Takkanlah" dimana jua pada bila bila masa. Kalau anda ralyat Malaysia, katakan saja-lah!
6. anda sanggup memandu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan makanan istimewa. Dan Jika ke luar negara, makanan tenpatan lah yang paling dirindui/
anda sanggup memandu kemana jua biarpun jauh ke utara. 4 jam ke Pulau Pinang untuk menikmati keenakan nasi kandar asli? Boleh bos! Bukankah hidup ini satu perjalanan dan di penghujungnya pasti ada ganjaran yang menanti. Begitu juga dengan merantau- bairpun hujan emas dinegara orang, citarasa Malaysia tetap dihati.
7.makanan yang pedas
Bagi Rakyat Malaysia, taburan kepingan cili tidak memadai. Kalau ada sambal belacan. cili potong atau cili padi, barulah dikatakan "pedass". Tak pedas, tak sah! Bukan untuk masakan tempatan sahaja, apa jua hidangan mesti ada penambah seleranya. pizza atau ayam goreng ? Boleh ditambah sos cili. Kami gemarkan makanan yang memenuhi citarasa, mencabar selera, dan menggugat deria. Kepelbagaian makanan umpama lambang keharmonian rakyat Malaysia.
8. Anda gemarkan makanan yang kuat baunya!
Mm-hmm! anda gemarkan durian, petai, cencaluk, budu dan belacan. Meskipun aromanya mencabar deria, anda tahu keenakannya lebih istimewa! keenakan yang unik inilah yang kita banggakan sebagai rakyat Malaysia.
9.Take a selfie
pantas sahaja tangan mencapai telefon. merakam gambar hidangan dan berkongsi di facebook, twitter dan Instagram. Mestilah beritahu rakan-rakan apa dan dimana kita makan! Kedai mamak, restoran mewah, hidangan barat, sajian timur, berseorangan atapun beramai-ramai-mesti mengambil gambar dahulu
10. Lewat untuk temujanji
Samada untuk menghadiri mesyuarat di pejabat, majlis perkahwinan, ataupun berjumpa rakan di kedai mamak, anda selalunya tiba lewat, Sekurang-kurangnya 30 minit, "Janji Malaysia" alasan yang diberi, Bukankah anda juga selalu mengatakan"on the wayyy" sedangkan anda baru sahaja hendak bertolak?