Saturday, June 20, 2015






Resepi Dan Cara-Cara Membuat Char Kuew Tiau


Bahan-Bahan

> 1 Bungkus kuetiuw
> 300 gram udang (dibuang kulit)
> 3 tangkai daun kucai (dipotong 1 inci)
> 1 Cawan tauge
> 2 Sudu makan cili kisar
> 4 Ulas bawang putih  (diketuk)
> 4 Sudu makan kicap pekat
> 2 Sudu makan sos tomato
> 1 ataupun 2 biji telor
> 1 biji tomato (dipotong kecil)
> 2 Sudu makan minyak masak
> Sedikit air
> Garam (sekiranya perlu)

Cara Membuat

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang , sos tomato dan air.Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar.Kemudian kacau rata.
5. Masukkan kuetiow,tomato,tauhu,taugeh dan kucai kacau rata sekali sehari lagi dan tutupkan api.
6. Hidangkan dengan cili jeruk, (sebagai cadangan)

Friday, June 19, 2015

roommates kawe




hi and assalamualaikum gaissssssss! pernah engkorang terfikir tak dapat rumet yang engkorang idamkan tapi sebenarnya tak? pernah tak? pernahh tak? mesti tension tahap gilaaa kan? (xde la sampai gile) First engkorang sampai je, soalan first yang diorang tanya nama, umur,amik course ape, tinggal kat mana? Mula-mula masuk rumet kawe sempoi nak habis. sampai ade yang senyum kambing mmmbeeekkkk. tapi disebabkan masa tak mengizinkin untuk kita berborak, so its take time la nk intro dri kita sendiri.

setelah sekian lama mengenal rumet-rumet b3-10 ni, barulah faham selok belok perangai masing. Mula-mula memang "cool" tapi sampai bila kan? lambat-laun akan terkantoi jugak perangai "real" engkorang. hikshikshiks.

WANI

first nak cerita pasal wani wahab budak bba matrik number 00 ah tak ingat. Ni memang selalu berbeza pendapat dengan hani. Ape yang hani rasa ok, bg dia bad things in the world. Dia ni memang nampak sempoi sebab tak fake kat mana-mana, kadang-kadang tu cakap straight tak pandang dh kiri kanan, last last setepek kene atas muka.kalau nak bangun pagi, punye lah liat, tapi kalau bab bab overnight engkorang ajak lah dia,sure rabak mata sebab dia ni susah nak tido malam. kalau bab makan, dia control sikit tapi pantang lah jugak bila org sebut maggiee maggieee maggiee terus menggugat keimanan beliau. cewaahhhh, giteeewww~


QUHA


haaa ni quha, the best moviers ever! (eh, ade tak dalam kamus ni) *hentamm sajelah labuuuuu. if engkorang nak download movie, carilah quhaaa! sebab ikut mane pon orang akan tetap cari number dy semata-mata nak download movie. bagus kan baguskan rumet aku sorang ni? sebab tu kadang kadang aku curi hard disk dia, cucuh kat laptop maka pilihlah movie apa engkorang nak. bollywood or hollywood semuaaaa adaaaaa. (sound dh macam bangla) wakaakakakakka,. quha ni pandai la bab  bab memasak. tp malangnya setiap kali aku requeat masakan, mesti alasan dia " tak pandai" strghessss laaa jugak maknokksss. pernah sekali la dia bawak balik laksa penang sebab itupun mak dia yang buat ( I thought qua) tapi husnudzhon orang kabo.(dia tolong mak dia masak lah kot) heheheh.

CHE



last sekali, the saikologisss everrr and afterr! vheeeeeeeee! (amboi eksaitednye) haaa, ni rare hani nak kabo! sebab dah masuk kawasan bahaya. selama hani sebilik dengan dia, berbagai persoalan tertimbul. kewujudan dia adakah sebagai seorang saiko? seorang inspirasi? ataupun penyeri? segalanya bakal terjawab sebab tak habis describe lagi pasal rumet sorang ni. undefined. hahhahaha. hati-hati la engkorang sbb semua tingkahlaku anda sedang "DIPERHATIKANNN"!! sedang apa dan dimana video sentiasa bersmamuu!!! BERSAMAMUU! (DIGI BENCHMARKS) memang che ni pakai dg ponn, hahahah. lagi satu, engkorang kena hati hati sikit bila share sesuatu especially dalam gambo gambo engkorang yang hawwttsss. sebab gambo gambo itu pasti akan diviralkan tidak lama lagi. haa time tu baru la engkorang rase apa itu keamanan sejagat.







before I  done my pot pet pot pet parts, let me intorucing my song towards my friends. so,here it is.
do enjoy guys! love eiuwwwww. hiks. byeee!






Tuesday, June 16, 2015

typical malaysiaaaaa

hello hello semuaaa. dah hampir 0030 dan tinggal sehari lagi sebelum menjelangnya bulan Ramadhan al-mubarak. harini nak cakap sikit pasal orang malaysia. dan hani pun berhuhuhu. topik ni mungkin la agak menarik and guess what? klau tak percaya, mari tengok kat bawah ni.

1. Tangan anda berkuasa!
hanya dengan mengangkat tangan, kenderaan pasti berhenti dan memberi laluan kepada anda untuk melintas jalan. selaju mana pun kereta dengan lori atau bas di jalanraya-semuanya mematuhi isyarat "tangan" ini. Lambaian tangan jugamemudahklan akses ke kawasan perumahan yang berpengawal. malah, dimana-mana jua "tangan" adalah alat komunikasi yang paling berkuasa.


2.Boss
sesiapa sahaja yang anda temui, semuanya anda panggil "boss". Peguam, tukang gunting,pelayan restoran-Contohnya "boss,kuah lebih sikit"! adalah biasa laungan yang biasa didengari di kedai mamak, satu panggilan yang mesra dan menunjuikkan rasa hormat. Begitulah indahnya budaya kita, kesopanan memupuk keharmonian dan persaudaraan.


3. Teruja dengan benda free dan sale!
sememangnya menjadi sifat orang malaysia untuk cukup peka dengan berita jualan murah, diskaun hebat dan hadiah percuma. Lebih murah,lebih baik! kalau percuma,lebih menarik! sanggup beratur seawal jam 7 pagi utnuk jualan murah, sedangkan ke pejabat 9 pagi pun berat nak melangkah. soalan biasa didengar "bos,ada diakaun?"


4.umum cuti peristiwa
setiap kali wira sukan negara bertarung di pentas dunia, steiap kali juga peminat berdebar-debar menantikan keputusannya. Samada Piala Thomas, AFF Suzuki mahupun sukan olimpik-pengunuman cuti umum yang mengiringi setiap kejayaan sememangnya amat dinantikan. apabila Dato Lee Chong Wei memenangi perlawanan akhirnya di Piala Thomas,sorakan anda menggegarkan ruang tamu dengan harapannya esok diumumkan cuti sebagai meraikannya!


5.  penggunaan "Lah"
Bolehlah,. Taklah,, Jomlah,. apalgi? "Lah" adalah istilah serba guna.Cuaca. "Panas sangatlah" "Harga? "Mahal sangatlah". Tidak percaya. "Takkanlah" dimana jua pada bila bila masa. Kalau anda ralyat Malaysia, katakan saja-lah!


6. anda sanggup memandu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan makanan istimewa. Dan Jika ke luar negara, makanan tenpatan lah yang paling dirindui/
anda sanggup memandu kemana jua biarpun jauh ke utara. 4 jam ke Pulau Pinang untuk menikmati keenakan nasi kandar  asli? Boleh bos! Bukankah hidup ini satu perjalanan  dan di penghujungnya  pasti ada ganjaran yang menanti. Begitu juga dengan merantau- bairpun hujan emas dinegara orang, citarasa Malaysia tetap dihati.


7.makanan yang pedas
Bagi Rakyat Malaysia, taburan kepingan cili tidak memadai. Kalau ada sambal belacan. cili potong atau cili padi, barulah dikatakan "pedass". Tak pedas, tak sah! Bukan untuk masakan tempatan sahaja, apa jua hidangan mesti ada penambah seleranya. pizza atau ayam goreng ? Boleh ditambah sos cili. Kami gemarkan makanan yang memenuhi citarasa, mencabar selera, dan menggugat deria.  Kepelbagaian makanan umpama lambang keharmonian rakyat Malaysia.


8. Anda gemarkan makanan yang kuat baunya!
Mm-hmm! anda gemarkan durian, petai, cencaluk, budu dan belacan. Meskipun aromanya mencabar deria, anda tahu keenakannya lebih istimewa! keenakan yang unik inilah yang kita banggakan sebagai rakyat Malaysia.




9.Take a selfie
pantas sahaja tangan mencapai telefon. merakam gambar hidangan dan berkongsi di facebook, twitter dan Instagram. Mestilah beritahu rakan-rakan apa dan dimana kita makan! Kedai mamak, restoran mewah, hidangan barat, sajian timur, berseorangan atapun beramai-ramai-mesti mengambil gambar dahulu




10. Lewat untuk temujanji
Samada untuk menghadiri mesyuarat di pejabat, majlis perkahwinan, ataupun berjumpa rakan di kedai mamak, anda selalunya tiba lewat, Sekurang-kurangnya 30 minit, "Janji Malaysia" alasan yang diberi, Bukankah anda juga selalu mengatakan"on the wayyy" sedangkan anda baru sahaja hendak bertolak?


Sunday, June 14, 2015

mindset

Final exam is just around the corner. whatt ??!!

Kebelakangan ini banyak benda tak settle. Assignment bersepah.Banyak tak buat dengan kuiz tutorial lagi ...so agak stress jugaklah sebenarnyakan. Dengan kerenah manusia tah pape. Ade yang x siapkan esaimen,ade yang tangguhkan kerja group . Minggu ni jugaklah ak buat presentation, masa pun berjalan tick tock tick tock tick tock..tup tup minggu depan last kuliyyah . bagusnyaaaaaa!!
tido tengah malam nak siapkan esaimen .kadang-kadang tu sampai pukul 4 pagi.mata pun dh rabak tapi dengan semangat usaha yang gigih tetap jugak buat,serius tak dapat nak bagi komitmen yang sepenuhnya. malasssssss...........Malaaassssss...MALASSSSS..ini smeua pasal malassssss.


Part 1
Fikirkan kegagalan membawa kejayaan
Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.

 Part 2
Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik ‘nasib’ yang akan dating  kepada kita!


Part 3
 Lakukan sesuatu sekarang!
Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih  iaitu ‘melengahkan masa’ sebagai satu tabiat.


Part 4
Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai  masa 24jam sehari untuk diluangkan.

Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa. Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar “Tunggu dulu… nanti-nanti kita buat” sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Tuesday, June 9, 2015

GAIN WEIGHT SELAGI BOLEH!

hai hani nak berkongsi satu cerita tentang nak naikkan berat badan sebab berat badan hani selalu erkk susah nak naik! tak tahu la sebab ape. nak cakap pasal keturunan macam tak tepat sangat la kan sebab rata-rata siblings hani okay la berat badan. huwa huwa huwaaaa. nak nangis rasanya sebab usaha nak naikkan berat badan tuu selalu separuh jalan. tapi kali ni of course menjadi sebab niat tu disertakan sekali dengan usaha.


                                               1. Makan lewat malam
ni tips paling wahh sekali la kan sebab ramai orang elak nak makan tengah malam. tips ni hani amalkan sejak masuk belajar kat ucb. kadang-kadang tu tengah ralik buat esaimen mesti perut berkeroncong mendendangkan irama yang sangat rentak. setiap kali tu lah, maggi or apa saja makanan yang boleh dimakan hani rembat sampai kenyang walaupun masa tu dah 2 pagi.


                                                2. Makan cokelat
cokelat merupakan salah satu kandungan yang mengandungi lemak gula dan sebagainya yang boleh menggemukkan tempat-tempat yang menggemukkan. kenapa cokelat? jawapannya sebab cokelat itu sedap! nak nak lagi yang bersalutkan cokelat contoh macam kinder bueno, kitkat, cadbury dan bla bla bla.wah wah wah, masa tu almost everyday hani makan sebab ketagih dengan cokelat je sebenarnya.


                                                3. Makanan di merata tempat
ni paling best sebab hani akan sentiasa letak makanan dalam beg, dalam bilik, dalam bakul, atas meja. kadang-kadang dalam kereta pun ada sebab mudah nak capai. langkah ini sesuai bagi orang yang malas mcam hani sebab semuanya pasal MALAS. faham jela, bila dah malas. apa pun tak boleh. walaupun begitu, hani tetap amik makanan kawan sekelas biarpun biskut ade dalam beg or pergi ke kiosk nak beli makanan. so, JAUHI MALAS DAN SIFAT MRMBAZIR.



                                                  4. Jangan masak
ni part paling best, sebab hani memang tak suka masak hihu, stghess la duduk dapur. hani lebih rela seluruh jiwa dan raga untuk membasuh daripada memasak mahupun mengemas. I super hate it. mama la orang yang paling faham karenah anak dia yang ke2 ni sebab mom knows everything. para gadis di luar sana dont follow my steps or ur mom will non-stop bubbling at you. penting bagi hani sebab bila kita masak, mesti tak makan sebab dah rasa tak lapar. lepastu merungut berat badan xnaik naik padahal sbb tak makan. betol tak? Jadi kalau nak jaga selera makan dan naikkan berat badan, takyah lah masak. hahahahaha, sebab bila xmasak,that's why la selere je makan. perghh!
Bagi yang nak turunkan berat bdan tu, RAJIN-RAJIN lah masak!


                                                   5. Istiqamah
makan la benda-benda yang boleh menaikkan berat badan. nasi banyak, makan daging, ikan, ayam,ketam,sotong eh semuaaa lah selagi halal toyyiba. tapi make sure berhenti sebelum kenyang, jangan terlajak kenyang dh la. Tak baguss tu. lepastu, sambung pulak makan 2 jam kemudian. yang penting, makan!




MISSION ACCOMPLISHED


malas nak cakap banyak, korang tengok la hasil dalam masa beberapa bulan, macam hani 6 bulan je dh boleh naik. so, left comment at the bottom! yeay. BYEE















Sunday, June 7, 2015

Nyum Nyum Nyum


Assalamualaikum w.b.t ! Harini hani nak tanyaa... sape sukee makan ikan patin? put your hand up put your hand up. ok, kali ni lebih special sikit sebab hani akan berkongsi kat youu olss gimana mau bikin itu ikan patin tempoyak asli fresh from Temerloh Pahang. wuuuu, mcm best je bunyi kan? Nak belanja satu kali, jangan cakap hakak tak payung youu olssss. hiks. So hani dapat la mencungki sedikit sebanyak resipi orang temerloh dalam memasak ikan patin yang kaw kaw sedap hingga menjilat mangkuk.




Ikan patin masak gulai tempoyak




Bahan : 1 ekor ikan patin

5 biji cili padi - nak pedas letak lebih

1 inci kunyit hidup

3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih

1kuntum bunga kantan - belah 2

sedikit daun kesum

1 keping asam keping jika perlu garam secukup rasa



Cara : Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.

Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau.

Rendam ikan patin dengan cuka kurma.

Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu.

Ketepikan.

Tumbuk cili padi dan kunyit.

Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan.

Masak hingga mendidih dengan api sederhana.

Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin.

Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut.

Masukkan daun kesum.

Sesuaikan rasa. Jika kurang asam, baru dimasukkan asam keping
SELAMAT MENCUBA!

Monday, June 1, 2015

Mood Republik Tour

Fuh fuh fuh! memang meletop bak hang sambutan mood republik tour kat Kuantan baru-baru ini. Sampai Hani rasa nak pengdan duduk dalam main hall hotel tuu. Segala pelbagai deria rasa dan bau yang boleh anda nikmati. keh keh keh! Balik cuti sekejap pun semata-mata nk datang sini. haaa, sanggup kauu padahal cuti hujung minggu je. Sampai sana memang dah berderet-deret org beratur tunggu giliran. Itu semuaa semata-mata nak undi punya pasal kerana INI KALILAH! hahahaha. Hani suka trendmarks mood republik ni sbb dy memanng best. Mood Republik ni berlangsung selama 2 hari iaitu 30-31 mei 2015. Masuk je tepat pukul 10 pagi, booth pertama yang hani serbu hahahhhaha jeng jeng jeng.. booth 89! TUDUNG RUFFLE. Yeyeazzzz. Memang dh lama gila nk rasa pakai tudung ni sebb selalu stalked kt ig . Tudung dia cantik-cantik tapi tulah setiap kali nak order mesti kne q. Arghhhh!! Tensionnn. Pastu order closed, sbb sold out! kalau engkorang kat tempat Hani, bengang tak? bengang la jugak sbb apa apa pun ade step dia. First, korang kena make a pyment. Second, whatsapp kat dia pulak *kadang kadang lambat you all. Third, baru urusniaga tu settle. Itu pun makan masa. Ramai sangat peminat tudung ni agaknya sbb tu lah dia tak menang tangan nk reply. Yedokk?

Disebabkan Hani bengang sbb selalu ape yang kite nak tak dapat, Hani tetap usahakan agar iaya dapat! Kata orang "Tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa yang tahu".


Koleksi-Koleksi Tudung Ruffle
Kepada gegirls di luar sana, I prefer these one sbb tudung ni mudah dibentuk. Kalau nak gosok pun takyah pening kapala. Iron mahal ke murah ke, its easy to handle. Haa bagus tak, bagus tak? Paling hani suka material yang dia guna "High chiffon" sbb tu best bila pakai.

Ehem, ehem! Sambil menyelam, minum air. Hani pun dapat idea kat sini bagaimana untuk jana pendapatan di bilik! heheheh, mudah saja. Niat pun mmg nk bantu diorang diorang ni yang gila Ruffle Plain macam hani. So lepas tolak bahagi darab tambah, dapat la jual sehelai tu RM18. Kira murah la kan sbb standard harga RM21. Dah niat nk membantu, semoga dipermudahkan. Ameen. 

Adik-adik, kakak kakak,abang-abang ke yang berminat nak beli tudung ruffle dengan hani ni cepat cepat la jumpa hani sebab dah tinggal 7 helai untuk dijual. Boleh la nk hadiah kat mak ke, kakak/adik perempuan ke, sepupu ke,makwe ke or seangkatan yang masih bergelar perempuan. hehehe.

okay? Happy shopping gaisssss.